Kereta Mazda kini guna pelincir sintetik penuh PETRONAS Syntium!

oleh Mohamad Hanif|
BERMAZ Motor semalam telah menandatangani perjanjian pembekalan dengan PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) bagi membekalkan minyak pelincir sintetik penuh PETRONAS Syntium kepada para pengedar BERMAZ Motor dalam tempoh lima tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Dato' Sri Ben Yeoh, Pengerusi Eksekutif BERMAZ Motor memberitahu, minyak pelincir sintetik penuh PETRONAS Syntium akan menggantikan penggunaan minyak semi-sentetik sedia ada bermula bulan hadapan.

Tambah beliau lagi, penggunaan minyak pelincir sintetik penuh ini tertakluk kepada semua kenderaan di bawah program Free Service Maintenance tanpa melibatkan penambahan kos kepada para pelanggan Mazda.

Menurut Hardeep Kirpal Singh, CEO PLMM melahirkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan BERMAZ Motor dalam membekalkan produk Syntium yang dilengkapi dengan teknologi Cooltech™ yang telah diformulasikan untuk mengelakkan kadar pemanasan enjin yang keterlaluan untuk prestasi yang lebih baik.

Pihak BERMAZ percaya proses pemilikan kenderaan merupakan satu perjalanan yang penuh dengan emosi, dan mereka komited untuk memastikan setiap pelanggan Mazda menikmati pengalaman pemilikan yang menyeronokkan tanpa sebarang gangguan.

Langkah ini merupakan susulan daripada pembukaan semula operasi pada 12 Mei yang lalu di mana Bermaz melancarkan program Mazda Contactless Service dan Disinfectant Service baru-baru ini.

Selain daripada itu, BERMAZ juga turut memanjangkan lagi tempoh sah program 5 tahun jaminan dan lima tahun servis percuma kepada para pelanggan Mazda yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 


Dalam satu perkembangan lain, BERMAZ sedang bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Persatuan Pengilang Automotif Jepun (JAMA), Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii), serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar untuk mengkaji penggunaan bahan api biodiesel.

Pihak BERMAZ Motor juga turut menyumbangkan dua unit Mazda CX-5 untuk tujuan kajian tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…