Kereta mahal tetapi miskin kesedaran sivik! (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sikap tidak bertanggungjawab dan tiada kesedaran sivik seorang pemandu yang memandu sebuah kereta mewah yang membuang sampah merata-rata di atas jalan raya, lapor program berita Liputan6 di Jakarta hari ini (Selasa).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram, kereta mewah berwarna kuning itu  dilihat sedang berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat.

 

Tingkap kereta tersebut kemudian dibuka separuh dan disusuli  tindakan pemandunya yang membuang sampah ke jalan raya.

 

“Kereta mahal begini sememangnya tidak memiliki tempat untuk menyimpan sampah ya?” demikian menurut keterangan yang ditulis pada video tersebut.

 

Hantaran itu menjadi tular dan menerima kecaman daripada netizen yang menyelar sikap pemandu berkenaan.

 

“Mungkin otaknya dicagar sebagai jaminan untuk membeli supercar,” kata seorang netizen.

 

“Bila Tuhan beri ujian, mengeluh. Padahal tidak sedar diri sendiri menzalimi alam sekitar,” ujar seorang pengguna lain.

 

Video link di bawah:

 

https://www.instagram.com/tv/CiZa_BYo31q/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

 

 

– Agensi