Kereta konvensional takkan lapuk dek zaman - bos produk JLR

oleh Mohamad Hanif|
Para pemandu yang mempunyai DNA sukan permotoran yang sebati di dalam diri tidak perlu risau dengan kebangkitan era kenderaan autonomi yang semakin berkembang ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut ketua strategi produk Jaguar Land Rover (JLR), Hanno Kirner berkata walaupun pada hakikatnya ramai orang menantikan kehadiran kereta autonomi, masih terdapat sebahagian daripada mereka yang mahu duduk di tempat pemandu dan memandu kenderaan mereka sendiri. 
 


Tambah beliau, tidak pernah terlintas di dalam fikiran beliau kehadiran satu generasi yang tidak menunjukkan sebarang minat terhadap kenderaan empat roda ini. 

"Kami masih mahu menghasilkan kenderaan untuk golongan 'pemandu tegar' ini," ujar beliau. 

Menurut Hanno Kirner lagi, pihak JLR menerusi divisyen prestasi SVO akan terus membangun dan memproduksikan kenderaan berprestasi tinggi bagi memastikan generasi akan datang akan terus menikmati keasyikan dan aliran deras adrenalin pemanduan di belakang stereng. 

 

Sumber: Autocar