Kereta konsep EV Kia tampil dengan...21 buah skrin paparan!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kami terkesima seketika apabila membaca berita yang baharu diterima ini, kerana kereta konsep EV Kia bakal menampilkan bukan satu, bukan dua akan tetapi 21 buah skrin paparan!

Kereta konsep yang masih belum dinamakan ini - menurut Kia - merupakan sebuah model berkuasa elektrik dengan rekaan badan kereta penumpang empat pintu, pertama seumpamanya dari Kia. 

Jika anda merasakan pengeluar dari negara kimchi ini gila, jawapan anda salah. 
 


Ini kerana Kia mendakwa kereta konsep dengan 21 buah skrin paparan ini merupakan satu bentuk sindiran kepada obsesi semasa industri automotif yang berlumba-lumba menawarkan skrin papan pemuka yang semakin besar saban tahun. 

Dari segi penampakan ruang dalaman, ia tampil minimalis dengan rekaan roda stereng yang unik. 

Menurut Kia, rekaan ini adalah disengajakan untuk menarik perhatian beberapa elemen yang berlainan untuk disatukan dalam sebuah hasil karya yang tidak menyamai mana-mana segmen kenderaan masa kini. 

Sebelum ini Kia telah mendedahkan gambar acah yang memaparkan bahagian hadapan kereta ini, membawakan rekaan identiti gril hidung harimau yang serba baharu dan lampu utama jenis LED. 
 


Dari segi kuasa pula, naib presiden unit rekaan Kia, Gregory Guillaume secara berseloroh berkata, "ia bakal membuatkan penumpang anda meremang bulu romanya apabila anda memandu kereta ini."

Model elektrik ini akan dipamerkan sepenuhnya pada acara Geneva Motor Show bulan hadapan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam laporan terawal oleh penerbitan Korea Selatan, Hyundai dikatakan berminat untuk…
Berita Global
Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Nissan terpaksa menguburkan hasrat untuk…
Berita Global
Berdasarkan gambar, model konsep yang masih belum diberikan nama rasmi itu merupakan sebuah…