Kereta konsep Audi boleh berfikir dengan sendiri

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di pertunjukkan permotoran Frankfurt tahun ini, pengeluar kereta Jerman, Audi, mengemukakan dua model konsep berautonomi, satu darinya pada tahap autonomi 5 (boleh dikendali tanpa bantuan pengendalian daya manusia) yang menampilkan teknologi “Artificial Intelligence” atau AI yang akan diserapkan ke dalam model-modelnya pada masa depan. 

 

Mengambil huruf “AI” dan memasukkannya kedalam nama kereta-kereta tersebut, Audi menamakan mereka Elaine (ElAIne) dan Aicon (AIcon). 

 

Audi Aicon 

 

Aicon1

 

Tayar 26 inci. Panjang 18 kaki. Memang saiz Aicon terlalu besar dan tidak praktikal untuk digunakan sebagai kenderaan zaman sekarang. 

 

Aicon2

 

Tetapi saiznya yang besar juga membenarkan ruang penumpang yang amat luas, sesuai untuk penumpang yang tidak perlu memandu, hanya menjadi penumpang sebuah kereta zaman masa depan yang berupaya dikendalikan oleh sistem autonomi berkomputer. 

 

Pintu depan dan belakang dibuka luas kerana tiada tiang ditengah kedua pintu. Kemasan dalam kelihatan lebih seperti sebuah ruang tamu atau bilik istirehat mewah dari biasa kita alami dalam sebuah kenderaan.

 

Aicon3

 

Terdapat kamera pengesan, modul kawalan suara, permukaan kawalan sentuh, semuanya ada kecuali roda stereng dan pedal pemijak. Oh, juga tiada tali pinggang keledar, beg udara dan lain-lain sistem keselamatan penumpang. 

 

Aicon5

 

Dan seperti telefon pintar anda, Aicon juga mempunyai sistem pembantu suara bagi interaksi penumpang dan kenderaan.

 

Aicon4

 

Kerana semuanya dibawah kawalan otak komputer, menurut Audi, ini dapat mengelakkan kejadian kemalangan sehingga kejadian kemalangan jalanraya akan menjadi suatu pengalaman lapuk, yang telah lama dilupakan.  

 

Aicon dijana oleh empat motor elektrik, semua menghasilkan 349 hp dan 550 Nm. Jarak kuasa bateri juga panjang, iaitu selama 804 km padaa setiap cas.  

 

Audi Elaine

 

Elaine1

 

Elaine sebelum ini nama manusia, sekarang ia juga adalah nama kereta konsep Audi tahap autonomi 4 (dikendali tanpa bantuan daya manusia, tetapi terhad). 

 

Elaine2

 

Elaine ialah sebuah rekaan yang akan membantu manusia menjadi seolah-olah sebuah “tempat tinggal” manusia ketiga selepas rumah dan pejabat. 

 

Elaine4

 

Bayangkan kereta anda bekerja sebagai pekerja rencam (concierge) anda dan berupaya mengenali tentang keperluan seharian anda dan merancang terlebih dahulu untuk anda. 

 

Elaine5

 

Ia berupaya untuk berinteraksi bukan sahaja dengan penumpang, tetapi juga dengan dunia luar, tanpa disuruh. 

 

Elaine6

 

Elaine boleh memesan pizza, penginapan hotel, tiket kapalterbang selepas mempelajari tabiat dan  kebiasaan personaliti anda. 

 

Elaine7

 

Lebih berkuasa dari Aicon, Elaine dijana oleh tiga motor elektrik, satu di depan dan dua lagi pada setiap tayar belakang, ia mampu menghasilkan 420 hp (496 pada fungsi boost) dan memecut ke 100 kmsj dalam masa 4.5 saat. Jarak perjalanan adalah 500 km pada setiap cas. 

 

Elaine8

 

Elaine juga menampilkan lampu canggih Matrix LED dan ciptaan khas Audi iaitu Audi Fit Driver, alat yang dipakai oleh pemandu untuk mengesan maklumat kesihatan pemandu. Dengan ini Elaine berupaya memikir cara-cara untuk menyenangkan dan menyesuaikan keadaan untuk keselesaan dan kesejahteraan pemandu. 

 

Menurut Audi, kereta seperti Elaine ini bukan sahaja konsep dunia fantasi tetapi akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…