Kereta Koenigsegg bakal guna bahan api dari gunung berapi

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah syarikat terkenal dengan kereta-kereta pantas yang masih muda (jika dibandingkan dengan pesaing), keupayaan Koenigsegg sememangnya cukup dikagumi kerana banyak membawakan teknologi-teknologi baharu pada kenderaan mereka.

Bayangkan enjin 2.0 liter tiga silinder sebaris yang terdapat pada model Gemera dengan teknologi Freevalve sudah berupaya menghasilkan 600 hp dan 600 Nm, itu pun belum dibantu dengan tiga motor elektrik.

Ataupun teknologi Direct Drive Transmission (KDD) yang terdapat pada model Regera yang tidak memerlukan nisbah gear yang terlalu banyak seperti kotak gear tradisional, dan menyalurkan terus kuasa kepada gandar belakang.

 


Terbaharu, Koenigsegg sedang meneroka kemungkinan untuk menggunakan bahan api yang diproses daripada gunung berapi untuk kegunaan enjin pembakaran dalaman supercar dan hypercar mereka!

Dikenali sebagai Vulcanol, ia merupakan teknologi yang datang dari Iceland di mana mereka membebaskan pengeluaran CO2 dari gunung berapi separa aktif, dan menukarkannya menjadi bahan api methanol.

Menurut Christian van Koenigsegg, bahan api Vulcanol ini menghasilkan 90 peratus kurang emisi berbanding bahan api fosil, dan dengan sistem perawatan yang betul ia mampu menjadi kenderaan yang lebih mesra alam.

Berdasarkan temubual yang dijalankan oleh Bloomberg, Christian menyifatkan teknologi yang dibangunkan ini benar-benar melangkaui teknologi yang ada di pasaran pada ketika ini.

"Dengan menggandingkan teknologi (Vulcano) dengan elektrifikasi generasi berikutnya, ia merupakan satu cara yang sangat menarik untuk menjadikan produk kami lebih menonjol, kompetitif dan dalam masa yang sama meninggalkan kesan yang minimum kepada alam sekitar.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Informasi
Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila kereta-kereta Koenigsegg ini jarang sekali dilihat atas…
Berita Global
Disebabkan sambutan yang cukup memberangsangkan, pengasasnya Christian von Koenigsegg merancang…
Berita Global
Perancangan ini bakal menambah ruang sebesar sehingga 30,000 meter persegi untuk pemasangan model-…