Kereta klon - Sindiket uruskan dokumen, palsukan Lesen Kenderaan Motor

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Kosmo
Kereta klon sukar dikesan berikutan keadaan fizikalnya selain nombor pendaftaran adalah sama dengan kenderaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Ketua Jabatan Siasatan Pe­nguatkuasaan Trafik Johor, Supe­rintendan M. Kumarasan berkata, untuk mengesan sesebuah kereta klon, semakan terperinci me­ngenai butiran rekod kendera­an perlu dilakukan dengan teliti.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Menurutnya, pada kebiasaannya, penggunaan kenderaan klon terbongkar apabila pemilik kereta sebenar membuat aduan kepada pihak berkuasa.

 

“Sebagai contoh, apabila notis saman sampai ke tangan pemilik kereta sebenar sedangkan mereka tidak melakukan kesalahan trafik tertentu, apabila disemak rupa-rupanya yang buat kesalahan itu adalah pemilik kereta klon.

 

“Sekiranya rekod nombor chasis atau nombor enjin tidak wujud dan tiada rekod hilang, kenderaan tersebut merupakan kereta skrap.

 

“Kebiasaannya kereta ini akan menggunakan nombor pendaftaran palsu yang mempunyai rekod jenis kenderaan yang sama didaftarkan di Malaysia,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

 

 

Kumarasan berkata, sindiket turut akan menguruskan dokumen kenderaan seperti memalsukan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

 

Menurutnya, polis Johor memandang serius dengan kewujudan sindiket menjual kereta klon selain akan membuat pemantauan dan siasatan terhadap dakwaan sindiket menjual kereta klon di laman sosial.

 

“Beli sahaja kenderaan mengikut kemampuan sendiri dan bukan mengikut nafsu, selain tindakan undang-undang akan diambil, pemilik kereta klon juga berdepan risiko tidak dilindungi insuran.

 

“Bayangkan sekiranya berlaku kemalangan dan lebih serius kematian, ia akan memberi kesan kepada pihak lain,” jelasnya.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Van saya dilarikan oleh seorang lelaki yang menyewanya di Kuala Lumpur. Kemudian saya dapati ia…
Informasi
"SPRM baru menerima maklumat berkaitan kegiatan sindiket ini daripada sumber dan masa sama siasatan…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kegiatan tersebut…