Kereta klasik dengan trenkuasa elektrik? Ia bukan lagi sebuah kereta klasik!

oleh Mohamad Hanif|
Anda masih ingat kepada Volkswagen Beetle yang dilengkapi trenkuasa Up! yang pernah kami siarkan sebelum ini?

Jaguar E-Type Zero dan Mercury EV yang dihasilkan oleh ICON juga merupakan sebahagian daripada contoh sebuah kereta klasik yang diberikan nafas baharu tanpa perlu bergantung kepada nadi enjin asal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bagi sesetengah pihak, ia merupakan salah satu inisiatif bagi anda yang mahukan sebuah kereta klasik tanpa perlu risau akan penyelenggaraan untuk sebuah enjin pembakaran dalaman seperti kebiasaan mereka yang gemar melayan kereta oldschool.

 


Namun, alternatif ini dibangkang keras oleh salah satu organisasi pemilik dan peminat kereta klasik global, Fédération Internationale des Véhicules Anciens (FIVA) kerana ia bukan lagi layak menjadi sebuah kereta klasik. 

Pertubuhan yang mewakili dua juta peminat dan penggemar kereta klasik dari 65 buah negara itu turut menambah:

"Bau, bunyi, dan pengalaman pemanduan adalah aspek yang membentuk karakteristik pemanduan kereta klasik.

"Dengan melakukan modifikasi trenkuasa elektrik kepada Beetle lama, ia mungkin akan menjadikannya sebuah jentera yang laju, dan kurang kos penyelenggaraan, namun ia tidak mendefinisikan sebuah Volkswagen dengan enjin sejukan udara.
 


Organisasi itu turut menyangkal dakwaan bahawa memandu sebuah kereta klasik dengan trenkuasa elektrik akan mengurangkan pencemaran udara, dengan menyatakan bahawa secara purata para pemilik kereta klasik memandu kurang daripada 2,400 km setahun. 

Secara kesimpulannya, naib presidan FIVA, Tiddo Bresters memberitahu bahawa:

"Ia bukanlah bentuk mahupun stail badan yang menjadikannya sebuah kereta klasik, akan tetapi proses secara keseluruhannya kereta tersebut dibina dan dihasilkan di dalam bentuk asal," ujarnya.

Sumber: Autoblog