Kereta keselamatan MotoGP berarak di jalan raya KL 31 Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Bagi musim yang ke-20, BMW M GmBH kembali ke litar lumba di Kejuaraan Dunia MotoGP 2018 untuk menerajui penunggang-penunggang motosikal yang terbaik di dunia melalui barisan kenderaannya di hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setiap musim, BMW M GmBH mencipta sorotan yang baharu dengan Kereta Keselamatannya.

Model-model yang terbaharu serta inovasi teknikal yang memberangsangkan menjadikan Kereta Keselamatan MotoGP BMW M yang terdahulu, terkini dan yang akan datang begitu istimewa.

Menjelang acara yang mengujakan ini di Malaysia, peneraju baharu dalam barisan Kereta Keselamatan – Kereta Keselamatan MotoGP BMW M5 dengan Komponen Prestasi BMW M – akan membuat penampilan di Kuala Lumpur melalui sebuah konvoi yang merangkumi jentera BMW M5, BMW 530i M Sport, BMW S 1000 RR, serta Motor Keselamatan BMW S 1000 RR.
 


Konvoi tersebut akan membuat ‘pit stop’ di Bangsar Village II, di mana sebuah sesi suai temu bersama pakar MotoGP BMW M dan Juara Dunia sebanyak tiga kali, Loris Capirossi akan diadakan.

Para peminat juga boleh menyertai cabaran teka-teki Motosikal Keselamatan BMW S 1000 RR dan berpeluang untuk memenangi tiket granstan utama bagi acara Grand Prix Motosikal Malaysia yang akan berlangsung dari 2 hingga 4 November 2018.

Butiran mengenai ‘pit stop’ tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh    :    31 Oktober 2018, Rabu
Waktu    :    12:00 Tengah hari
Lokasi    :    Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi 1, Bangsar Baru 59100, Kuala Lumpur.
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…