Kereta-kereta menarik dari Shanghai Motor Show 2017

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
P90251019_highRes_the-new-bmw-m4-cs-04 imagesvc.timeincapp.com BMW-M4-CS-interior BMW M4 CS Bila dunia sibuk menunjukkan kereta yang mesra alam semata-mata, BMW datang ke China untuk menampilkan M4 CS, iaitu M4 dengan lebih kuasa dan prestasi pemanduan. Enjin 3-liter turbo M4 biasa telah dipertingkatkan kuasanya sehingga mencapai 454 bhp, tambahan sebanyak 30 bhp. Sistem gantungannya dari jenis Adaptive M Suspension, di tala di litar Nürburgring secara khusus. Ia mempunyai banyak bahagian badan yang diperbuat dari bahan ringan seperti gentian karbon plastik (CFRP) yang diperkuatkan, menjadikan berat badan hanya 1580 kg, 32 kg lebih ringan dari M4 biasa. Masa 0 ke 100 km/j? 3.9 saat. Kelajuan tertingginya sekarang mencapai 283 km/j. Volkswagen-ID-Cross-Concept-2 Autodesk VRED Professional 2017 SP1 Volkswagen-ID-Cross-Concept-7 Volkswagen I.D. Crozz Berpacuan empat roda, I.D. Crozz mengikut jejak langkah kereta-kereta sebelumnya iaitu I.D hatchback dan I.D. Buzz, yang ia berkongsi platform, sistem pemanduan elektrik dan rangka chassis. Ia dijangka akan di keluarkan dari tahun 2020. I.D. Crozz menggunakan dua motor elektrik yang berupaya menjanakan 302 bhp, dan menghasilkan kelajuan 0-100 km/j selama 6 saat. Jarak perjalanannya ialah sepanjang 500 km. Baterinya ialah jenis lithium ion dan hanya perlu dicas dalam 30 minit untuk kuasa 80% menggunakan sistem elektrik 150kW. Yang paling menarik ialah ia dikatakan mempunyai prestasi pengendalian sama seperti Golf GTI. citroen_c5_aircross_3-e1492510237360 citroen-c5-aircross-rear-driving-1 citroen_c5_aircross05 Citroen C5 Aircross C5 Aircross akan menjadi SUV pertama bagi Citroen apabila ia dijual di Eropah pada hujung tahun depan. Terdapat beberapa jenis varian, iaitu 165 bhp 1.6-liter dan 200bhp 2.0-liter dengan kotak gear EAT6 automatik dan sebuah hibrid plug-in berpacuan empat roda, berkuasa 300 bhp yang menggunakan dua motor elektrik. Ia mempunyai jarak perjalanan sepanjang 60 km pada kuasa bateri sahaja. Ini bermakna C5 Aircross akan juga menjadi model Citroen yang paling berkuasa. bcvycwkb0ld6 AR-170419848 17C247_09 Mercedes S-Class baharu (barisan keluaran 2018) Ya, kereta bos-bos sedunia telah diperbaharui dengan rupa baharu dan nama-nama baharu. S 550 jadi S 560 dengan enjin 4.7-liter V8 manakala S 450 memakai enjin 3.0-liter V6. Terdapat juga model baharu Mercedes-Maybach S 560 dan S 650, model S-class termewah, masing-masing menggunakan enjin V8 dan V12. Untuk bos-bos yang berani dan ranggi, terdapat model AMG S 63 dan S 65 yang kini dinaiktaraf dengan enjin 6-liter V12 baharu, menjana 621 bhp dan 1000 Nm. S 63 pula menggunakan enjin 4-liter yang menghasilkan 603 bhp dan 900 Nm tenaga tork. Sistem gantungannya juga diperbaharui untuk bekerjasama dengan sistem Magic Body Control. gac-trumpchi-ga8-livepics-2 2015_GAC-Trumpchi-GA8_051 Trumpchi-GA8-int1 Trumpchi Guangzhou Automotive Group, atau GAC Motor, akan menukar jenama keretanya ke Trumpchi sebelum ia mula menjual keretanya ke Amerika Syarikat pada tahun 2019. Ini bukan untuk membodek Presiden Amerika tetapi kerana nama Trumpchi itu ialah bunyi sebutan manja untuk “Chuanqi” yang bermakna “Legend” dalam bahasa Cina. Apabila ditanya, Presiden syarikat GAC, Feng Xingya berkata, “Ini semua kebetulan, kami tidak tahu nama ini sama seperti nama presiden Amerika.”