Kereta kegemaran Puteri Diana, Ford Escort RS Turbo S1 1985 bakal dilelong

oleh SALINA JALIL|
Setiap Ford Escort RS Turbo S1 yang dibuat adalah kereta istimewa, tetapi yang ini mungkin lebih istimewa kerana ia adalah milik salah seorang tokoh yang paling disayangi pada akhir abad ke-20 - mendiang Diana, Princess of Wales.


Ford Escort ini telah dipesan dan dibuat khas untuk Diana, ia adalah Ford Escort ketiganya, dan ia hanya diguna pakai pada had pembatuan 24,961 dari saat ia dihantar sehingga ke hari ini.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Fakta Menarik – Ford Escort RS Turbo S1


Ford Escort RS Turbo S1 telah dikeluarkan pada tahun 1985 sebagai model Escort premium yang baharu.

 

Ia menampilkan pelbagai peningkatan berbanding kereta standard termasuk kit badan, suspensi yang dinaikkan, bahagian kabin yang dinaik taraf, dan sudah tentu, didatangkan dengan enjin pengecas turbo.

 

escort 1


Sebelum itu, Ford Escort Mark 3 telah dikeluarkan pada tahun 1980 sebagai kereta serba baharu untuk satu dekad. Mark 1 dan Mark 2 Escorts yang lebih awal adalah antara kereta paling popular yang pernah dibuat oleh Ford di Eropah, jadi Mark 3 menjadi model yang dinanti-nantikan oleh para peminat Ford.

 

Puteri Diana, yang kemudiannya dikenali sebagai Lady Diana, adalah peminat tegar Ford Escort. 


Dia memiliki tiga model Ford sepanjang hidupnya dan biasanya mendiang lebih suka memandu sendiri tanpa pemandu.

 

escort 2


Memandangkan risiko keselamatan yang dihadapinya, Diana telah memesan model ini yang dikustom khas secara langsung dari Ford. 

 

Ia menjadi salah satu daripada tiga RS Turbo S1 yang dicat hitam, dan apabila memandu di sekitar bandar, mendiang akan ditemani oleh seorang detektif di tempat duduk penumpang, yang merupakan ahli The Royalty Protection Command (SO14).

 

 

Pada tahun 1985, Ford Escort RS Turbo telah dikeluarkan, ia merupakan Mark 3 Escort terpantas  di jalan raya yang pernah dibuat.


Didatangkan dengan enjin 1.6 liter, suntikan Bosch KE Jetronic pengecas turbo yang memberi kuasa kuda 132 pada 6,000 rpm dan 133 tork pada 3,000 rpm. 

 

escort 3


Enjin ini juga mempunyai aloi aluminium baharu dengan sesondol berprestasi tinggi serta injap ekzos berisi natrium untuk mengendalikan haba tambahan dengan lebih baik.


RS Turbo diberikan kit badan, sebahagian daripadanya baharu dan sebahagian daripadanya diperoleh daripada XR3i terdahulu, dan roda aloi adalah sama dengan RS1600i.
 

Sebanyak 8,604 telah dibina tetapi pada hakikatnya hanya 5,000 sahaja yang terjual dan ia kekal sebagai Ford Eropah paling popular pada era itu.

 

 

Kereta yang bakal dilelong ini boleh dikatakan paling istimewa dari semua S1 Escort RS Turbos yang telah dibina. Ia adalah satu daripada hanya tiga yang didatangkan dari  kilang dengan cat berwarna hitam - hampir semua yang lain dicat putih dengan sangat sedikit pengecualian.

 

Menariknya, ketiga-tiga Escort RS Turbo S1 berwarna hitam adalah permintaan dari kerabat diraja menurut Steve Saxty, pakar Ford yang bertugas di sana.

 

Unit pertama adalah untuk Puteri Diana, sebuah lagi kereta yang serupa telah ditempah dan digunakan sebagai umpan, dan kereta ketiga adalah untuk seorang ahli diraja, tetapi tidak dinyatakan siapakah yang membelinya.

 

 

Kereta kegemaran mendiang  Puteri Diana, Ford Escort RS Turbo yang telah diubah suai oleh syarikat pengeluar, akan dilelong pada harga yang dijangka mencecah ratusan ribu pound sterling, lapor akhbar The Sun kelmarin.

 

Menurut firma lelongan automotif Silverstone Auctions, kereta tersebut hanya dipandu sejauh 40,233 kilometer.

 

Syarikat dari Warwickshire, England itu juga yakin bahawa harga jualan yang akan berlangsung pada 27 Ogos ini mampu mencapai enam digit.

 

Menurut jurucakap Silverstone Auctions, pasaran amat menyukai model-model awal bagi kereta jenama Ford RS.

 

“Kebiasaannya, kereta-kereta milik keluarga diraja yang dilelong adalah daripada jenama seperti Rolls-Royce atau Range Rovers.

 

“Justeru, kami amat teruja kerana dapat menawarkan kereta jenis hatchback sport daripada  kelas golongan pekerja.

 

“Ia adalah sesuatu yang menarik kerana kereta Escort RS Turbo yang sinonim dengan wanita berkasut tumit tinggi putih dari Essex ini dimiliki oleh salah seorang wanita paling ikonik di dunia,” katanya.

 

Agensi