Kereta kebal alami masalah teknikal di KL

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah kereta kebal dilaporkan rosak di susur Carcosa menghala ke KL Sentral kira-kira jam 10.27 pagi pada Jumaat, difahamkan digunakan untuk tujuan raptai bersempena sambutan Hari Kemerdekaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perkara tersebut dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV) di Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut ciapan KLCCC DBKL di Twitter, kejadian itu menyebabkan lorong jalan tengah tersebut terhalang dan trafik sesak.

"Renjer 01, 02, 05 dan 06 tiba di lokasi pada sekitar jam 10.49 pagi.

"Tidak lama kemudian, kereta kebal itu berjaya ditunda ke lokasi selamat. Kes selesai," kata ciapan tersebut pada Jumaat.

Sumber: Sinar harian

Berita Berkenaan

Berita Global
  Gary Freeland, yang berasal dari Wiltshire, England sering memandu jentera tentera berharga £20,…
Berita Global
Biarpun masih lagi dalam peringkat pengujian, Mercedes baru-baru ini memperlihatkan keupayaan G-…
Berita Global
Sebuah unit Howe & Howe Ripsaw EV3-F4 kini sedia untuk dibawa pulang menerusi laman web Hemings…