Bagi mereka yang mempunyai kereta simpanan yang jarang-jarang digunakan, anda sebenarnya boleh menjana pendapatan tambahan dengan menjadi hos Flux.
Flux merupakan platform langganan kenderaan yang membolehkan pengguna dan perniagaan untuk melanggan sesebuah kenderaan untuk tempoh 1 hingga 36 bulan.
Kebiasaannya, Flux memperoleh inventori daripada peruncit automotif, namun perkhidmatan ini telah dibuka kepada para pemilik kenderaan individu yang membolehkan mereka menyewakan kereta kepada lebih 4,000 ahli Flux.

Dengan menyenaraikan kereta peribadi di bawah Flux, pemilik kereta dapat menikmati manfaat seperti penjimatan perbelanjaan bulanan/tahunan untuk servis, pembaharuan insurans dan cukai jalan, selain mampu menjana pendapatan tambahan, serta mengelakkan masalah timbul akibat kenderaan yang tidak dipandu dengan kerap.
Selain daripada itu, Flux juga akan melindungi kenderaan anda dengan perlindungan insurans yang khusus, serta memantau status kereta dengan menggunakan sistem telematik.
Berikut merupakan anggaran pendapatan yang boleh dijana berdasarkan model-model kereta yang popular di Flux.
Untuk menjadi hos Flux, anda hanya perlu melayari portal driveflux.com, atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan di talian 03-6411 5611, atau emel kepada [email protected].