Kereta ICE jauh lebih lasak berbanding EV - kajian Which?

oleh Mohamad Hanif|
Berbanding dengan kereta-kereta konvensional, ramai beranggapan pemilikan kereta elektrik adalah lebih mudah dan menyenangkan disebabkan tidak mempunyai komponen mekanikal yang bergerak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, secara relatifnya EV masih lagi merupakan teknologi yang agak baharu dan tidak menghairankan apabila ia merekodkan lebih banyak masalah jika dibandingkan dengan kereta-kereta berenjin (ICE).

Namun, kajian terbaharu oleh kumpulan pengguna UK Which? mendapati kebanyakan pemilik kereta petrol/diesel melaporkan kurang masalah dihadapi berbanding pemilik EV untuk tempoh empat tahun pertama pemilikan.

Which? mendapatkan maklum balas daripada 48,000 orang pemilik berkenaan kenderaan yang dipandu, di mana daripada 57,000 unit kenderaan, 2,184 daripadanya merupakan kenderaan elektrik.
 

Tesla


Daripada jumlah tersebut, 39 peratus pemilik EV melaporkan mereka menghadapi masalah dalam tempoh empat tahun pertama pemilikan, berbanding 19 peratus pemilik kereta petrol dan 29 peratus kereta berkuasa diesel.

Kebanyakannya mengadu tempoh masa yang agak lama diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Masalah yang biasa berlaku adalah berkaitan perisian dengan tempoh masa sehingga lima hari diperlukan untuk masalah tersebut diselesaikan, berbanding tiga hari untuk kereta petrol dan empat hari untuk kereta diesel.

Kajian Which? turut mendapati jenama Tesla merupakan jenama yang paling kurang lasak, di mana 39 peratus pemilik melaporkan sekurang-kurangnya satu masalah dihadapi sepanjang empat tahun pemilikan, dan lima peratus daripadanya termasuklah tersadai di tepi jalan atau gagal untuk dihidupkan.

Sementara itu, Kia e-Niro merupakan model EV yang paling sikit masalah, dengan enam peratus pemilik yang melaporkan kerosakan, dan hanya satu peratus pemilik yang melaporkan EV mereka tersadai atau sukar untuk dihidupkan.

Sumber: Which? melalui Mail Online

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, AVL Racetech telah pun memperlihatkan konsep enjin…
Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Global
Jaguar menggunakan kepakaran divisyen SV Bespoke untuk menghasilkan kira-kira 150 unit F-Type ZP…