Kereta hiper Rayo, model custom Huracan berkuasa 1900bhp!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Envisage-7X Design Rayo Hypercar
Envisage-7X Design Rayo Hypercar
Apabila membeli kereta super, satu perkara yang membezakan dengan unit lain ialah spesifikasi custom dari kilang.

Spesifikasi seperti warna, kemasan dalaman dan sebagainya dibuat mengikut citarasa pembeli.

Lamborghini misalnya mempunyai bahagian Ad Personam yang khusus untuk melayani permintaan pelanggan.

Spesifikasi peribadi tersebut yang menjadikan sesebuah model Lamborghini mempunyai harga berbeza-beza.

Ini pula model custom Lamborghini Huracan LP 610-4 dari 7X Design dan disiapkan oleh Envisage Group, sebuah syarikat perkhidmatan kejuruteraan automotif dari United Kingdom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Envisage-7X Design Rayo Hypercar

 

Model ini dinamakan sebagai Rayo dengan ubah suai yang menjadikannya sebuah kereta hiper berkuasa tinggi.

Berapakah output kuasa enjin yang diubah suai dari Huracan V10 ini? 1900 bhp! dengan sasaran kelajuan maksimum 482 km/j!.

Sebagai perbandingan, enjin aspirasi normal (NA) 5.2L V10 Huracan mempunyai kuasa 610 hp (seperti yang tercatat pada nama model) dan kelajuan maksimum 341 km/j.

Enjin V10 pada Rayo menggunakan turbo berkembar dan ditala oleh Underground Racing dari North Carolina, Amerika Syarikat dan pakar dalam naik taraf turbo sebegini.

Satu lagi perubahan ketara pada Rayo ialah reka bentuk luaran yang nampak 'berisi'.

 

Envisage-7X Design Rayo Hypercar

 

7X Design telah membuat perubahan ekstensif bagi meningkatkan prestasi aerodinamik Rayo. Dengan kuasa yang tinggi, badan kereta mesti sesuai dengan perubahan buas 1900 bhp.

Hasilnya pekali seretan (Cd) Rayo hanya 0.279 dan berbeza ketara dengan 0.39 pada Huracan asal.

Bahagian kejuruteraan badan Envisage bekerjasama dengan 7X Design bagi memastikan Rayo dibina seperti yang dirancang.

Bahagian depan dan bampar Rayo memanjang ke bawah dengan saiz gril yang lebar.

Satu rekaan yang menarik perhatian ialah garisan di depan lampu seakan bulu mata.

Itu sebenarnya adalah garisan aerodinamik yang membantu laluan angin melepasi lampu utama.

 

Envisage-7X Design Rayo Hypercar

 

Bahagian belakang pula langsung berbeza dengan sirip kiri dan kanan, gril yang luas dan diffuser besar di bawah bampar.

Dari segi binaan dan kejuruteraan, Envisage Group memulakan proses dengan mengimbas badan dan sub struktur asal Huracan bagi mendapatkan data tiga dimensi (3D).

Setiap bahagian panel direkayasa (engineered) supaya sepadan dengan sub struktur asal dan tidak menjejaskan monocoque Huracan.

Bahagian pembuatan Envisage bertanggungjawab untuk menghasilkan badan gentian karbon baharu dan memasangnya.

 

Envisage-7X Design Rayo Hypercar

 

Studio pemasangan Envisage lengkap dengan peralatan pengukuran 3D bagi untuk menghasilkan Rayo dengan dengan ketepatan sub milimeter.

Selain badan unik dan kuasa tinggi, menyerlahkan lagi Rayo ialah warna Sport Orange yang menarik perhatian.

Rayo adalah projek one-off dan walaupun dengan status itu tidak mustahil ada yang berminat untuk memilikinya. 

Setakat ini dimaklumkan bahawa pertimbangan dibuat untuk memastikan unit Rayo yang siap dapat diperakui semula melalui proses IVA (Individual Vehicle Approval) di UK.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Envisage-7X Design Rayo Hypercar