Kereta hilang kawalan, dua tentera maut kemalangan

oleh SALINA JALIL|
Dua tentera yang dalam perjalanan pulang ke Kem Mempaga maut, apabila kenderaan mereka bertembung dengan sebuah lori, di Jalan Kampung Lebu ke FELDA Mempaga, kira-kira jam 3.30 petang tadi.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Yusof Unis, berkata dalam kejadian itu, Koperal Azizul Azmy, 33 yang memandu kereta terbabit, cedera di bahagian kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

 

Mejar Mohd Shaiful Azhar Saad, 38 yang berasal dari Baling, Kedah juga cedera di bahagian kepala, meninggal di hospital Bentong jam 5.50 petang tadi.

 

Beliau berkata, dalam kejadian itu kereta tentera yang dipandu Azizul dari arah Bentong menuju ke Kem Tentera Darat Mempaga, hilang kawalan di satu selekoh.

 

“Keadaan itu menyebabkan kenderaan itu berpusing dua kali dan terbabas masuk ke laluan bertentangan, lalu melanggar bahagian hadapan lori,” katanya.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Pagi Sabtu tanggal 18 Februari, sebuah Tesla Model S dilapor merempuh sebuah trak bomba yang…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Polis…
Berita Domestik
  “Saya yakin projek ini akan dapat dilaksanakan sebab kita rasa resah saban minggu berlaku…