Kereta hibrid belum lancar, Lamborghini tunjuk casis LB744 yang dipanggil monofuselage

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborhini LB744
Lamborhini LB744
Lamborghini nampak begitu tersusun dalam memperkenalkan kereta hibrid plug-in V12 pertama yang dipanggil High Performance Electrified Vehicle (HPEV) dan diwakili LB744 sebelum dilancar secara rasmi.

Tahun lepas Lamborghini sibuk meraikan enjin V12 terakhir dan kali ini sibuk dengan siri pengenalan LB744 dan dimulakan dengan perkongsian tentang enjin beberapa hari lalu.

Perkongsian terbaru mengenai casis monokok LB744 yang diilhamkan dari aeronautik dan dipanggil monofuselage. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lamborghini LB744

 

Satu perkara menarik tentang casis LB744 ialah struktur depan dibuat daripada Forged Composite. Teknologi itu dipaten dan digunakan Lamborghini sejak 2008 lagi.

Jika anda biasa melihat pelekat atau balutan kereta forged carbon, asalnya adalah gentian karbon dari kereta Lamborghini.

LB744 merupakan kereta super sport pertama menggunakan struktur depan 100 peratus gentian karbon dan turut digunakan pada struktur kon depan kereta.

Penggunaan bahan itu dibuat bagi memastikan tahap penyerapan tenaga yang jauh lebih tinggi berbanding struktur besi sebelum ini. 

 

Lamborghini LB744

 

Lamborghini memaklumkan daya penyerapan sekali ganda lebih tinggi berbanding rangka aluminium yang digunakan pada Aventador dan lebih ringan.

Seperkara lagi, casis monofuselage LB744 sepuluh peratus lagi ringan daripada casis Aventador dan rangka depan 20 peratus lebih ringan berbanding aluminium sebelum ini.

Ketegaran kilasan (torsional) pula lebih baik dengan nilai 40,000 Nm/° atau 25 peratus lebih tinggi berbanding Aventador.

Casis belakang LB744 dibuat daripada aloi aluminium kekuatan tinggi dengan dua 'hallow casting' untuk bahagian atas penyerap hentak (shock tower) dan suspensi rangkaian kuasa.

 

Lamborghini LB744

 

Kesemua itu disatukan kepada satu komponen bagi mengurangkan berat, meningkatkan ketegaran dan mengurangkan garisan kimpalan.

Kunci utama kenapa Lamborghini sibuk mengurangkan berat adalah kerana LB744 merupakan kereta hibrid. Maknanya komponen bertambah dan lebih berat.

Dari segi kuasa, kelebihan motor elektrik terletak pada pecutan dan output yang tinggi.

Enjin 6.5 liter V12 LB744 menghasilkan 814 kuasa kuda (hp) dan tork 725Nm. Kombinasi pakej elektrik pula menghamburkan 1,001 hp!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lamborhini LB744

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model HPEV (High Performance Electrified Vehicle) itu bukan sahaja dibina atas senibina serba…