Kereta F1 Kemenangan Pertama Michael Schumacher Bakal Dilelong, Anggaran Cecah RM50 Juta

oleh Qalif Latif|
Kereta Formula 1 yang menjadi titik mula kepada karier legenda Michael Schumacher kini bakal dilelong kepada umum buat kali pertama dalam sejarah. Jentera ikonik Benetton B192 dengan nombor casis B192-05 ini merupakan kereta yang membawa Schumacher meraih kemenangan F1 sulungnya pada musim 1992.

Lelongan tersebut dikendalikan oleh Broad Arrow Auctions, dan dijangka menarik bidaan sehingga €8.5 juta (sekitar RM50 juta), malah berpotensi mencecah €10 juta (hampir RM59 juta) menurut pemerhati industri.

Michael Schumacher

 

Kemenangan Bersejarah Di Spa

Detik bersejarah itu berlaku di Belgian Grand Prix 1992 di litar Spa-Francorchamps, dalam keadaan litar basah akibat hujan. Perlumbaan tersebut bukan sahaja menyaksikan kemenangan pertama Schumacher, malah dianggap antara pameran bakat paling matang seorang pelumba muda ketika itu.

Michael Schumacher

 

Apa yang lebih signifikan, Benetton B192-05 ini merupakan kereta Formula 1 terakhir yang memenangi perlumbaan menggunakan transmisi manual, sebelum era paddle-shift dan elektronik sepenuhnya mengambil alih.

Michael Schumacher

 

Digunakan Eksklusif Oleh Schumacher

Sepanjang musim 1992, Schumacher merupakan satu-satunya pemandu yang memandu casis B192-05 ini, dengan penyertaan dalam lima perlumbaan Grand Prix. Direka oleh Rory Byrne, jentera ini menggunakan enjin Ford V8 dan berjaya menewaskan barisan pelumba elit ketika itu termasuk Ayrton Senna, Nigel Mansell, serta Mika Häkkinen.

Menurut pakar Broad Arrow, kemenangan di Spa bukan sekadar satu kemenangan biasa, tetapi simbol kelahiran seorang juara dunia tujuh kali yang kemudian mendominasi era Formula 1.

Michael Schumacher

 

Disimpan, Dipulihara Dan Kini Untuk Dijual

Selepas kemenangan di Spa, kereta ini kekal dalam simpanan Benetton sebelum berpindah ke Renault di Enstone, UK, sebagai sebahagian daripada koleksi klasik pasukan. Ia kemudian dipulihkan sepenuhnya ke keadaan operasi asal dan sehingga kini tidak pernah ditawarkan kepada jualan awam.

Michael Schumacher

Lelongan ini akan menjadi acara utama dalam jualan Global Icons: Europe, yang berlangsung dari 23 hingga 30 Januari ini.

Nilai Sejarah Yang Sukar Ditandingi

Dalam dunia koleksi kereta perlumbaan, jarang sekali sebuah jentera yang benar-benar mengubah landskap sukan ditawarkan kepada pasaran. Benetton B192-05 bukan sekadar kereta F1 lama, tetapi artefak sejarah yang menandakan permulaan kepada era dominasi Schumacher dan perubahan besar dalam Formula 1 moden.

Bagi pengumpul serius, inilah peluang memiliki jentera yang mencipta sejarah bukan di muzium, tetapi di litar, dalam hujan, melahirkan seorang legenda.

Michael Schumacher


 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Set ini dijangka menjadi antara model paling dinanti dalam siri LEGO Icons Formula 1,…
Berita Global
Kemenangan bersejarah itu menjadi titik permulaan kepada kejayaan luar biasa Schumacher yang…
Berita Global
Sebuah Honda CBR1000RR Fireblade tahun 2010 yang telah diubah suai khas untuk kegunaan litar oleh…