Kereta elektrik untuk Afrika

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kebanyakan prototaip kereta elektrik (EV) adlah khusus untuk kegunaan urban.

Ia aerodinamik, sporty dan rendah dan pastinya tidak akan dapat meredah ke dusun durian milik datuk anda.

Namun begitu, Technical University of Munich (TUM) telah menghasilkan sebuah EV khusus untuk kegunaan di Afrika, di mana keadaan jalanraya di sana tidak berturap dan boleh menjadi sangat teruk.

Prototaip dengan nama “aCar” (A Car, bukan acar buah) itu mempunyai sistem pacuan 4-roda dan mampu masuk ke jalanan off-road.

Jarak perjalanan untuk sekali caj cuma 80km tetapi sebenarnya cukup praktikal untuk Afrika.

EV mempunyai kadar tork yang tinggi, sangat sesuai untuk offroad dan ia juga lebih lasak. 

Motor elektrik pada aCar ini juga boleh menjadi winch untuk menarik beban.

Oleh kerana konsep platform modular aCar ini, ia boleh ditukar dari sebuah trak mengangkut barang kepada sebuah kenderaan membawa penumpang.

Ia baharu selesai menjalani ujian dunia sebenar (real-world tests) di Ghana pada bulan Julai lalu dan dijangka akan mula dihasilkan di Afrika untuk dijual pada harga RM50,000.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…