Kereta elektrik sport dari Kia buat kemunculan rasmi di Geneva Mac ini

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengeluar automotif dari Korea itu ingin tampil kelainan pada model konsep sport elektrik terbaharu mereka. 

Tradisi gril berbentuk hidung harimau Kia itu sebenarnya masih lagi dikekalkan, cuma ia telah diberikan nafas baharu dengan penampilan elemen lampu sekeliling. 

Ini merupakan perubahan yang ketara dinampakkan oleh Kia, menunjukkan bahasa rekaan baharu yang bakal diterapkan pada model-model produksi akan datang. 

Mengikuti trend perkembangan teknologi maju, cermin sisi merupakan antara perkara yang telah dibuang daerah, dan digantikan dengan peranan kamera sisi. 

Menurut naib presiden unit rekaan Kia Motors Eropah, Gregory Guillaume, rekaan automotif yang sebenar mampu membuatkan seseorang jatuh cinta, dan membuatkan perasaan cinta itu kekal lebih lama.

"Jadi, tiada sebabnya kenapa kami perlu mengubah bahasa rekaan kami hanya disebabkan ia sebuah kereta elektrik," tambah beliau. 
 


Jika sebelum ini kenderaan tanpa emisi Kia terdiri daripada hatchback dan SUV berkuasa elektrik, ini merupakan kali pertama Kia menawarkan sebuah kereta elektrik berprestasi tinggi. 

Kia sudah pun mempunyai model EV iaitu Kia Niro EV dan Soul EV, kedua-duanya menggunakan motor elektrik berkuasa 201 kuasa kuda dan 395 Nm daya kilas. 

Dari segi jarak operasi, Kia Niro EV mampu memberikan jarak sejauh 385 km manakala Soul EV pula mencecah 391 km untuk sekali pengecasan penuh.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…