Kereta elektrik Seiyong S1 bakal masuk Malaysia, unit CKD, jarak operasi 302 km

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada kereta elektrik yang dibawa masuk secara rasmi oleh beberapa buah syarikat automotif seperti Nissan LEAF dan Porsche Taycan, tidak banyak pilihan yang diberikan kepada rakyat Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ia bakal berubah sedikit masa lagi berdasarkan berita terbaharu yang dilaporkan oleh rakan media, Paultan.

Menurut laporan itu, sebuah EV berjenama Seiyong S1 bakal memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat oleh Ho Wah Genting dalam bentuk pemasangan tempatan (CKD) di mana ia telah pun dilancarkan di China pada tahun 2019.

 


Merujuk kepada spesifikasi yang diperoleh menerusi laman web rasmi, EV itu memiliki dimensi 3,720 mm panjang, 1,640 mm lebar dan 1,494 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,390 mm.

Seiyong S1 didatangkan dengan motor elektrik tunggal yang menghasilkan 47 hp dan 150 Nm, kelajuan tertinggi 110 km/j dan pek bateri lithium-ion berkapasiti 31.9 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 302 km untuk sekali cas penuh (data NEDC).

 


Menurut pengeluar, Seiyong S1 ini mampu dicas dengan menggunakan pengecasan pantas yang mengambil masa 40-50 minit dari kapasiti 30 peratus sehingga 80 peratus, sementara pengecasan biasa pula mengambil masa 10 jam untuk penuh.

Antara kelengkapan asas yang didatangkan termasuklah rim 15 inci, sistem brek dram di bahagian belakang manakala versi paling premium pula mendapat ciri seperti paparan head-up, skrin sentuh lapan inci dengan pengecaman suara dalam bahasa Mandarin, kawalan iklim zon tunggal dan lampu utama automatik.

 


Untuk pasaran China, harga jualan bermula dari 70,000 yuan hingga 90,000 yuan (RM44,300 hingga RM57,000).

Sumber: Paultan

 

Seiyong S1