Kereta elektrik pertama Proton hadir tahun 2027 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Proton dijangka akan memperkenalkan model kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama, menjelang tahun 2027, menurut laporan The Edge.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB), Daniel Wong berkata, Proton mungkin akan memperkenalkan model-model dengan trenkuasa hibrid ringan sebagai batu loncatan ringkas sebelum terus menjual model-model EV.

Dalam pengumuman terdahulu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah membentangkan rancangan elektrifikasi syarikat tersebut, di mana ia juga turut membabitkan pengenalan model-model plug-in hybrid (PHEV).

Proton sudah pun memperlihatkan sistem hibrid ringkas menerusi pameran enjin 1.5 liter TGDi dengan sistem Belt-Driven Starter Generator (BSG) di Centre of Excellence (COE), di mana enjin 190 PS dan 300 Nm itu telah pun digunakan pada model-model Geely di luar Malaysia, seperti contoh Geely Azkarra dan Okavango.

Berhubung kenderaan elektrik, Proton Edar sebelum ini telah dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan jenama smart di Malaysia dan Thailand.

Mereka dijangka akan memasarkan EV smart #1 dalam masa terdekat.

Sumber: The Edge, Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…