Kereta elektrik masih terlalu mahal - Tun M

oleh Penyumbang Rencana 2|
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata ia akan mengambil masa yang lama sebelum negara ini mampu untuk menggantikan kenderaan enjin biasa kepada kenderaan elektrik sepenuhnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kos bateri sangat tinggi dan ini menjadikan harga kenderaan elektrik ialah dua kali ganda dari harga kenderaan berenjin biasa," ujarnya ketika memberikan ucapan rasmi semasa Persidangan Industri Pembekal Tenaga Elektrik (CEPSI) 2018 di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

"Kita akan terus menggunakan kenderaan berenjin biasa buat masa sekarang," sambungnya.

Tun Mahathir juga mengatakan negara tidak akan menggunakan loji tenaga nuklear kerana pengalaman kurang baik Malaysia dalam mengendalikan bahan-bahan radioaktif.

Negara akan terus menggunakan bahan api seperti minyak dan arang batu serta hidro dalam penjanaan tenaga elektrik.

"Kita mempunyai banyak sumber arang batu dan kita belum menggunakan sumber itu sepenuhnya," kata beliau sambil menambah kawasan di Selangor, Sabah dan Sarawak mempunyai banyak kawasan yang kaya dengan arang batu. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebenarnya, jarang kami dapat menemuramah Tengku Azizan ini kerana ayah kepada dua orang cahaya…
Berita Domestik
  Perdana Menteri berkata negara BELUM BERSEDIA menggunakan kereta terbang sebagai satu sistem…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara hakikatnya, tidak semua yang memiliki konsesi lebuh raya yang mendapat…