Kereta elektrik lebih kotor - Vladimir Putin

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Vladimir Putin semalam memberikan komen yang panjang lebar mengapa kereta elektrik atau EV itu adalah lebih kotor dari kereta menggunakan bahan api biasa.

Putin (untuk yang masih tidak tahu, beliau ialah Presiden Russia sekarang) yang sebenarnya sukakan EV menjawab satu soalan yang bertanyakan adakah beliau akan membeli EV.

Berkata di forum Russian Energy Week di Moscow semalam, beliau sukakan EV tetapi ia lebih teruk untuk alam sekitar sebenarnya berbanding dengan kenderaan berenjin.

Menurut Putin, beliau boleh membayangkan diri beliau sendiri sedang memandu sebuah EV kerana beliau pernah memandu konsep EV buatan syarikat automotif Russia.

"Saya mengaku saya memang minatkan kereta, terutama kereta-kereta modern yang lagi pantas dan tangkas," terangnya.

Beliau kemudian berkata rakyat Russia boleh membayangkan diri mereka memandu kereta-kereta EV seperti Tesla dan sebagainya kerana "Russia sudah mengamalkan sikap perdagangan terbuka sekarang" dan mereka boleh membeli dan menjual apa yang terbaik untuk mereka.

Akhirnya Putin mengaku walaupun EV itu baik dari segi pengangkutan urban kerana pengurangan asap dan penghasilan sumber tenaga boleh baharu juga penting, beliau tidak yakin bahawa sumber tenaga boleh baharu (renewable energy) akan menjadi sumber utama tenaga untuk 30 tahun lagi.

Putin yakin sumber tenaga pelbagai yang ada sekarang akan diteruskan.

"Yang penting ialah jenis bahan api yang digunakan untuk kenderaan sekarang sebenarnya lebih selamat kepada alam sekitar berbanding dengan kenderaan EV," kata Putin.

Sebelum itu, Putin menerangkan bahawa tenaga elektrik masih dihasilkan oleh arang batu dan itu menyebabkan EV lebih teruk dari kereta biasa sebenarnya.

"Dan kerana teknologi tenaga dari minyak dan arang batu semakin baik, maka teknologi enjin pada kereta biasa akan menjadi lebih baik dari EV," katanya.

Putin adalah antara ketua negara yang berani bersuara dan walaupun ramai pemimpin lebih menjadi pak turut, Putin mungkin percaya akan praktikaliti kenderaan enjin normal sekarang dan lagipun, Russia memang kaya dengan minyak mentah sebenarnya. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…