Kereta elektrik ketiga dari Rivian - EV dengan prestasi kereta rali?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak cukup sekadar dua model trak pikap dan SUV yang diperkenalkan oleh Rivian, mereka kini memberikan bayangan model ketiga berkuasa elektrik mereka bakal mempunyai prestasi umpama sebuah kereta ralli.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut RJ Scaringe, pengasas dan CEO Rivian berkata, model ketiga tersebut mempunyai jarak antara roda dan dimensi yang lebih kecil berbanding SUV R1S dan trak pikap R1T. 

Memetik kata-kata RJ Scaringe: "The model would be "bananas" in the way it perfomed."
 


'Bananas' di sini bukanlah bermaksud pisang, akan tetapi ia merupakan slang tidak rasmi yang digunakan merujuk kepada aksi yang menggila. 

Selain daripada prestasi seumpama kereta rali, model ketiga Rivian ini bakal mempunyai jarak kelegaan tanah yang tinggi dan keupayaan untuk berkelana di atas jalan biasa (on road) dan off-road tanpa sebarang masalah.

Ia dijangka bakal memasuki pasaran setelah model R1S dan R1T dilancarkan secara rasmi kepada umum pada tahun 2021.

Berita Berkenaan

Berita Global
Rivian, yang didokong oleh gergasi Amazon berkata panggil semula itu aadalah bertujuan untuk…
Berita Global
Amazon.com juga memiliki lebih kurang 20 peratus saham Rivian dan ia sudah menempah lebih dari 100,…
Berita Global
Antara opsyen yang menarik perhatian ramai ialah dapur terbina dalam yang boleh menggelungsur…