Kereta elektrik bajet antara punca jualan EV China naik dua kali ganda ke 2.9 juta unit!

oleh HEZERI SAMSURI|
Jualan kenderaan elektrik (EV) di China meningkat sebanyak 160 peratus kepada 2.91 juta unit untuk tahun 2021.

Menurut Persatuan Pembuat Kenderaan China (CAAM), jualan kenderaan baharu di negara itu meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada 26.27 juta unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jualan Plug-In Hybrid juga meningkat dua kali ganda kepada 600,000 unit, menunjukan kenderaan tenaga baharu (new energy vehicle) mampu menggantikan penurunan jualan kenderaan biasa walaupun sewaktu dunia gawat dengan masalah bekalan cip dn semikonduktor.

Kerajaan China juga dilihat bakal mengetatkan lagi industri automotif bagi memastikan bekas negara komunis itu terus menjadi kuasa baharu di dalam dunia automotif. 

Syarikat automotif China diwajibkan oleh kerajaan negara itu untuk mempunyai beberapa peratusan penghasilan dan penjualan kenderaan tenaga baharu. Selain dari itu, negara China juga akan memanjangkan tempoh subsidi yang berakhir pada penghujung 2020 lalu.

 

 

Namun begitu, lonjakan jualan terbukti adalah hasil penerimaan EV untuk kawasan luar bandar. Kemunculan EV bajet dan mampu milik di antara harga US$5,000 ke US$10,000 (RM21,000 ke RM42,000) menjadi penyumbang utama kepada peningkatan penjualan EV China.

Ia dibantu dengan jenama premium seperti Tesla dan juga jenama-jenama baharu yang muncul dengan model EV sahaja. 

Sebanyak 60 peratus jualan EV global dikatakan datang dari pasaran domestik China sendiri. 

Nampaknya kerajaan China telah membuktikan bahawa untuk sebuah negara menjadi maju dalam sekelip mata, perlu wujud undang-undang yang tegas, piawaian kenderaan yang tidak terikat dengan badan antarabangsa dan tidak melayan rungutan-rungutan dari syarikat kenderaan dan juga netizen-netizen.

*Laporan asal dari Nikkei Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…
Berita Global
Ia kerana insentif dan stesen pengecasan yang meluas telah mempengaruhi lebih ramai pelanggan,…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…