Kereta elektrik ada gear ke? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenderaan elektrik atau EV adalah sesuatu yang baharu di bumi Malaysia ini.

Mengikut Datok Shahrol Halmi, Presiden Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia (MyEVOC), negara ini mempunyai lebih kurang 300 unit, walaupun kerajaan pernah mengumumkan sasaran 100,000 unit menjelang tahun 2020.
Modenas

Mungkin kerana itu, ramai yang masih tidak berapa faham tentang EV, malah ramai, termasuk media permotoran tempatan, yang beranggapan EV ini mempunyai masalah-masalah besar.

Hakikatnya, EV sekarang jauh lebih canggih dari 20 tahun lalu dan kerana itu, jualan EV semakin meningkat di China, Eropah dan di US.

Antara perkara yang ramai tidak tahu ialah sistem transmisi untuk EV - adakah ia sama dengan kotak gear kenderaan biasa? 

Tidak seperti kenderaan hibrid yang menggunakan CVT atau kotak gear dwi klac, kenderaan 100 peratus elektrik ini menggunakan transmisi automatik dengan SATU nisbah gear.

Ya, hanya satu nisbah untuk ke hadapan dan kerana itu ia jarang ditampilkan di dalam rencana kerana 1-speed Automatic Transmission nampak terlalu "pelik".

Kenapa EV hanya mempunyai satu nisbah transmisi?

Sebabnya motor elektrik selalunya mempunyai putaran sehingga 20,000 RPM!

Tidak seperti enjin diesel/petrol yang mempunyai putaran antara 4,000 ke 6,000 RPM, EV tidak kerana ia mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi dalam semua banjaran tenaga.

Kerana itu, EV mampu mencapai daya kilas maksimum sebaik sahaja ia bergerak. 

Enjin bahan api biasa mempunyai banjaran tenaga yang singkat dan kerana itu ia memerlukan banyak nisbah agar tenaga boleh digunakan dengan lebih cekap.

Jadi apa bagusnya transmisi satu kelajuan ini? 

Ia menjamin kotak gear yang sangat lasak dan tidak perlu diservis.

Namun begitu, ada juga EV yang menggunakan kotak gear dengan lebih dari satu nisbah. Contohnya ialah kereta lumba Formula E yang menggunakan transmisi 3-kelajuan.

Mantap bukan?


 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Financial Times, pengerusi Lawrence Stroll mengesahkan kedua-dua model itu…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, menteri pengangkutan Nitin Gadkari menjelaskan, "kerajaan akan…
Model Terbaharu
Dari segi luaran, Porsche Taycan Cross banyak menampilkan persamaan dengan model konsep Mission E…