Kereta dipandu rakan tiada lesen terbabas, pelajar tingkatan satu maut

oleh SALINA JALIL|
Sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu seorang remaja berusia 17 tahun yang tiada lesen memandu terbabas dalam kejadian di Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal di Alor Gajah, malam tadi (Sabtu).


Ketua Polis Daerah, Superintenden Arshad Abu berkata, nahas kira-kira pukul 11.45 malam itu meragut nyawa seorang pelajar perempuan tingkatan satu manakala dua kakaknya, sepupu dan rakan pula mengalami kecederaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Beliau berkata, mangsa, V. Dayalini, 13, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka. 

 

“Kemalangan berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Durian Tunggal ke Ayer Keroh. 

 

“Kereta tersebut dipandu seorang remaja berusia 17 tahun yang merupakan rakan kepada empat mangsa lain. Pemandu yang bekerja sebagai mekanik disahkan tiada lesen memandu.

 

“Setibanya di lokasi kereta dipandunya dipercayai terbabas masuk lorong bertentangan sebelum melanggar tebing tanah sebelah kanan yang menyebabkan kereta tersebut berpusing,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

 

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke unit forensik untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

 

“Dua lagi mangsa yang merupakan kakaknya berusia 14 dan 16 tahun mengalami sakit di bahagian dada, manakala sepupu perempuan mereka berusia 16 tahun luka bahagian kaki dan tangan. 

 

“Pemandu kereta bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki, kesemua mereka mendapatkan rawatan di Hospital Melaka,” katanya.

 

 

– UTUSAN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…