Kereta dipandu laju terbabas di Genting Highlands, polis buka kertas siasatan

oleh Penyumbang Rencana|
foto tular di media sosial
Polis membuka kertas siasatan susulan video tular di media sosial berhubung kejadian sebuah kereta dipandu lelaki secara melulu sebelum terbabas di Genting Highlands pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu kereta berusia 27 tahun itu, sudah membuat laporan polis pada 11.05 pagi Ahad di Balai Polis Goh Tong Jaya.

Pemandu itu memaklumkan kepada polis bahawa kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di kilometer (KM) 14.7 ketika menghala naik ke Genting Highlands.

Turut tular satu video berdurasi 12 saat di Tiktok menunjukkan kereta yang sama dipandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan. 

"Polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sudah menghubungi pemandu berkenaan untuk tampil memberi keterangan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan.

"Polis Bentong juga akan mengambil tindakan tegas serta akan mengadakan operasi secara berterusan untuk memastikan lokasi dan laluan berkenaan tidak dijadikan seperti litar lumba oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab," katanya.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.41 petang sebelum tujuh anggota…
Berita Domestik
Berlaku kesesakan lebih lima kilometer menghala selatan susulan sebahagian jalan terpaksa ditutup…
Berita Domestik
"Kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Ferrari dipandu lelaki berusia 34 tahun terbabit…