Kereta dihempap pokok tumbang, dua cedera

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Jabatan Bomba dan Penyelamat
Dua beranak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Laluan Lapangan Permata 1, Taman Song Choon di Ipoh pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.01 petang.

Beliau berkata sebaik jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai tiba, pihaknya mendapati kereta dinaiki dua beranak itu terperangkap di bawah pokok yang tumbang. 

Sabarodzi berkata mangsa iaitu seorang wanita berusia 47 tahun dan anaknya, 14, yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh anggota bomba.

"Mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah ke hospital swasta dengan kenderaan orang awam. Komander operasi telah memaklumkan kepada pihak MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) untuk hadir ke lokasi kejadian bagi bantuan pemotongan pokok di lokasi," menurutnya dalam kenyataan malam Jumaat.

Beliau memaklumkan operasi tamat pada 4.49 petang.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian turut menyebabkan seorang wanita berusia 19 tahun cedera apabila kereta Perodua Myvi…
Informasi
"Laluan ini sudah ditutup sepenuhnya. Bagi kenderaan yang masih tersangkut (terperangkap) di laluan…
Berita Domestik
Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.25 petang, yang memaklumkan terdapat pokok…