Kereta dihempap pokok tumbang, dua beranak cedera

oleh Penyumbang Rencana|
Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di Kuala Lumpur, pagi Khamis.

Wanita berusia 39 tahun dan anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu, diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terperangkap dalam kereta berkenaan.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur Md Izzat Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 pagi, sebelum dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dan Pudu dengan kekuatan 15 anggota dikerah ke lokasi.

"Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kejadian pokok tumbang itu menyebabkan laluan terhalang dan menghempap kereta yang dinaiki mangsa.

"Kejadian menyebabkan dua mangsa berkenaan mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Md Izzat berkata, pasukan bomba, dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menjalankan kerja-kerja pembersihan dan memotong pokok yang menghalang laluan. 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian turut menyebabkan seorang wanita berusia 19 tahun cedera apabila kereta Perodua Myvi…
Informasi
"Laluan ini sudah ditutup sepenuhnya. Bagi kenderaan yang masih tersangkut (terperangkap) di laluan…
Berita Domestik
Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.25 petang, yang memaklumkan terdapat pokok…