Kereta dihempap pokok, bapa maut, anak terselamat

oleh Penyumbang Rencana|
foto dari media sosial
Seorang bapa maut apabila sebuah kereta yang dinaiki bersama anak perempuannya dihempap sebatang pokok ketika melalui Jalan Batu 3, Kampung Bukit Kuda, di Klang pada Isnin.

Dalam kejadian pada petang Isnin, kematian Allahyarham Azhehari Ansar, 46 tahun, disahkan petugas Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian, bagaimanapun kanak-kanak yang turut berada dalam kereta jenis Mercedes itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.31 petang.

Menurut Komander Operasi, kejadian melibatkan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta Mercedes.

Terdapat dua orang mangsa terlibat. Seorang mangsa kanak-kanak berusia 13 tahun berjaya di keluarkan oleh orang awam.

“Manakala seorang lagi mangsa lelaki dewasa tersepit dan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk pemandu. Kerja-kerja memotong pokok dan mengeluarkan mangsa dilakukan,” katanya.

Tambahnya, mangsa kemudian berjaya dikeluarkan pada pukul 7.12 petang sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Anak perempuan mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.

- salam takziah kepada keluarga mangsa -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian turut menyebabkan seorang wanita berusia 19 tahun cedera apabila kereta Perodua Myvi…
Informasi
"Laluan ini sudah ditutup sepenuhnya. Bagi kenderaan yang masih tersangkut (terperangkap) di laluan…
Berita Domestik
Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.25 petang, yang memaklumkan terdapat pokok…