Kereta dihempap cangkuk 'kren mudah alih', pemandu selamat

oleh SALINA JALIL|
Kereta dipandu seorang lelaki rosak dipercayai dihempap besi dekat kawasan pembinaan di Taman Len Seng, Cheras di sini, malam tadi.

Difahamkan, pemandu lelaki berusia 50-an itu selamat dalam kejadian yang berlaku pada 8 malam tadi.

Kejadian itu tular di media sosial apabila video menunjukkan sebuah kereta rosak di bahagian bumbung dan pasukan bomba melakukan operasi di lokasi kejadian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan di lokasi.

 

Bagaimanapun, menurutnya, siasatan awal polis belum menjumpai barang yang dikatakan terjatuh ke atas kereta itu.

 

Melalui portal IRJP laporan awal yang dinyatakan berlaku berhampiran Petronas Taman Len Seng,Cheras pada jam 8.30 malam tadi.

 

Sebuah objek berkemungkinan berpunca dari Lam (cangkuk) kren mudah alih (mobile crane) yg berada di belakang sebuah kereta telah menghempap kereta mangsa dan menyebabkan bumbung kereta mangsa remuk.

 

Keadaan belakang kereta remuk dan tiada bahan bukti lain yang berada di atas kereta mangsa.

 

Semasa kejadian keadaan hujan lebat. Pemandu kereta lelaki 50-an yang tersepit tidak dapat melihat apa yang berlaku. Berkemungkinan pemandu kren mudah alih tersebut  telah melarikan diri.

 

Mangsa selamat dan berjaya dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

 

 

HM