Kereta dihempap besi menara kren, wanita nyaris maut

oleh SALINA JALIL|
Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan dipandunya dihempap besi menara kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan SS2/24, Petaling Jaya, petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam kejadian pada 5.45 petang itu, mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Ketika melalui tempat kejadian, tiba-tiba muatan besi menara kren dari sebuah treler jatuh menimpa kenderaan mangsa.

 

"Akibat kejadian itu, bumbung, cermin hadapan dan beberapa bahagian lain kereta itu rosak namun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan. 

 

Nik Ezanee berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada bahagian hadapan treler yang membawa bahan muatan menara kren berkenaan tersangkut pada kabel telefon menyebabkan dua tiang telefon tumbang dan kabel telefon merentangi Jalan SS2/24.

 

Menurutnya, mangsa telah membuat laporan polis manakala pemandu treler belum tampil membuat laporan setakat ini.

 

"Anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan awal kepada mangsa dan mengawal keadaan lalu lintas yang pada ketika itu sesak teruk.

 

"Kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 19 Kaedah Lalulintas 166/59 kerana muatan yang dibawa atas kenderaan jatuh dan mengakibatkan kemalangan," katanya. 

 

kabel

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
Anda boleh ikuti contoh bilionwan dari China, di mana beliau menggemparkan dunia maya dengan…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata besi itu dipercayai…
Berita Domestik
Siasatan awal SUKE mendapati tiga pekerja warga China meninggal dunia sementara pemandu kenderaan…