Kereta dengan butang kawalan fizikal lebih mesra pengguna berbanding skrin sentuh - kajian

oleh Mohamad Hanif|
Bukan satu perkara yang aneh apabila anda melihat kehadiran ciri skrin bersaiz besar dengan kawalan berasaskan sentuhan menguasai mana-mana kereta moden.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hatta trak pikap yang suatu ketika dahulu digunakan sebagai kuda kerja kini sudah pun berani menampilkan skrin dan kawalan fungsi yang lebih moden.

Namun, adakah teknologi moden itu bersifat memudahkan?

Sebuah penerbitan dari Sweden, Vi Bilägare telah menjalankan kajian terhadap beberapa buah model kenderaan moden yang dilengkapi dengan teknologi skrin sentuh untuk dibandingkan operasinya dengan sebuah Volvo V70 2005.
 

V70


Semasa memandu, pemandu diminta untuk melakukan perkara-perkara berikut:

  • mengaktifkan ciri pemanas tempat duduk
  • menaikkan suhu kabin sebanyak dua darjah
  • mengaktifkan ciri nyahbeku
  • menghidupkan ciri radio dan menetapkan stesen siaran tertentu
  • menetapkan semula kiraan trip
  • memalapkan lampu panel instrumen ke tahap paling rendah

Untuk sebuah Volvo V70 yang masih lagi sarat dengan butang kawalan fizikal, kesemua operasi tersebut boleh disudahkan dalam masa 10 saat sahaja, dan pada kelajuan 110 km/j, pemandu boleh menyelesaikan semua perkara itu sejauh 300 meter.
 

MG Marvel R


Sementara di dalam kereta MG Marvel R yang lebih moden, pemandu perlu memakan masa 44.9 saat dan jarak pemanduan sejauh 1.3 km untuk melengkapkan kesemua arahan yang diminta.

Tidak disangkal lagi, penggunaan skrin berasaskan sentuhan pada kereta-kereta moden menyebabkan pemandu sukar untuk menumpukan perhatian kepada pemanduan, berbanding penggunaan butang fizikal yang jauh lebih memudahkan tanpa perlu mengalihkan penglihatan dengan kerap.
 

BMW ix


Menurut pasukan penyelidik, biarpun BMW iX telah menggandingkan kawalan butang fizikal dengan skrin sentuh, sistem operasi pada SUV elektrik itu kekal menjadi satu sistem yang sukar untuk dioperasikan.

Di dalam BMW iX, pemandu memerlukan masa 30.4 saat untuk melengkapkan kesemua ubahan fungsi yang diminta.

Tidak semua kereta moden sukar untuk dioperasikan, memandangkan model seperti Volvo C40 berjaya melengkapkan tugasan tersebut dalam masa 13.7 saat sahaja, diikuti oleh Dacia Sandero (13.5 saat).

Sumber: Vi Bilägare