Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya turut menerima maklumat mengenai kehilangan kereta itu menerusi pasangan terbabit yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi untuk tindakan lanjut.
"Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi, polis menemui kenderaan terbabit yang diletakkan hanya selang tujuh petak parkir dari lokasi disangka hilang," katanya.
Menurutnya, pemeriksaan turut mendapati kereta berkenaan tidak dikunci.
"Polis sudah menemui salah seorang pemilik kenderaan dan dia mengakui kecuaian sendiri disebabkan terlupa lokasi parkir kenderaan.
"Mujur tiada kerosakan atau kehilangan harta benda berlaku," katanya.
Menerusi ruangan komen di Facebook berhubung kenyataan polis mengenai penemuan kenderaan itu, rata-rata netizen didapati memuji tindakan polis yang pantas bertindak membantu pengadu walaupun ia bukan disebabkan kecurian.