Kereta comel dari Jepun - memperkenalkan Daihatsu Mira Tocot!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi menggantikan model sedia ada Mira e:s yang berada di pasaran sejak tahun 2011, Daihatsu telah memperkenalkan model hatchback baharu di bawah keluarga Mira iaitu Mira Tocot.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh kerana peraturan kei jidosha (kereta 660cc ke bawah) di Jepun yang sangat ketat, Daihatsu menggunakan kepakaran mereka mengekalkan dimensi asal kei-car mereka (panjang x lebar x tinggi yang sama), akan tetapi merombak kembali rekaan kereta supaya tidak kelihatan sama seperti model terdahulu.


Direka khas untuk golongan wanita, Daihatsu Mira Tocot menampilkan elemen retro dan moden pada masa yang sama, ditambah dengan pemilihan warna yang amat menarik perhatian golongan sasaran tersebut. 

Hasilnya, sebuah kenderaan yang tampak menarik, dan ringkas serta tidak terlalu banyak garisan badan yang sibuk sebagaimana rekaan kereta moden masa kini.
 


Bahagian dalaman kabin pula menampilkan papan pemuka dua tona yang serba ringkas, namun hadir dengan fungsi yang mencukupi sebagai sebuah kereta moden. 
 


Penggunaan elemen dua tona terus mempengaruhi ruang dalaman bagi memberikan efek keluasan pada kereta bandar yang kecil ini, terutama di bahagian trim pintu dan juga kerusi pemandu dan penumpang.

Daihatsu Mira Tocot dijangka akan dilengkapkan dengan ciri Smart Assist III yang turut termasuk Amaran Penukaran Laluan (Lane Departure Warning), Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning) dan Lampu Suluhan Tinggi Automatik (Automatic High Beam). 

Selain daripada itu, Mira Tocot juga akan hadir dengan ciri standard enam beg udara termasuklah beg udara SRS di bahagian sisi dan tirai manakala ciri pandangan sekeliling 360 darjah hanya akan ditawarkan pada model premium sahaja.  

 


Seperti mana kereta kei yang lain, Mira Tocot ini hadir dengan enjin tiga silinder sebaris bersesaran 660cc yang menghasilkan 58 kuasa kuda dan transmisi CVT sahaja. 

Mira Tocot bakal didatangkan dengan pilihan pacuan dua roda hadapan dan pacuan semua roda, bergantung kepada varian. 
 


Daihatsu memberikan pelbagai pilihan warna yang amat menarik untuk kereta comel ini termasuklah Sunny Day Blue, Ceramic Green dan juga Lemon Squash Crystal Metallic.

Harga jualan di Jepun bermula dari 1,074,600 yen (RM39k++) sehinggalah 1,426,500 yen (RM52k++) untuk versi premium. 

Sumber: Response JP

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menggelarkan motosikal itu sebaagai DuaKati, ia menggunakan unit pengecas turbo dari Daihatsu Mira…
Berita Global
Mira Tocot Sporza Sekiranya anda hadir daripada zaman kegemilangan kei-car suatu ketika dahulu,…