Kereta baharu Volvo dilengkapi penderia LiDar - ciri swapandu penuh di lebuhraya!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Volvo telah bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti Uber dalam membangunkan teknologi pemanduan kendiri (swapandu/autonomi).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun terdapat beberapa halangan serta masalah yang berlaku, ia tidaklah mematahkan semangat Volvo untuk hadir dengan teknologi yang mampu membantu pemanduan seharian.

Terkini, syarikat Sweden tersebut telah bekerjasama dengan syarikat teknologi Luminar bagi mengintegrasikan teknologi LiDAR pada kereta-kereta generasi Volvo.

kerjasama ini bakal diterjemahkan sebagai sebuah model baharu Volvo yang menampilkan teknologi swapandu penuh untuk lebuhraya dan bakal diperkenalkan menjelang tahun 2022.

Ia juga turut menampilkan pemasangan penderia LiDAR daripada Luminar yang diposisikan pada bahagian bumbung.

 


Ketika ini, Volvo dan Luminar sedang mengkaji bagaimana teknologi LiDAR (kaedah pengukuran jarak dengan menggunakan cahaya laser dan menganalisa pantulan data tersebut dengan penderia) mampu meningkatkan keberkesanan ciri bantuan pemanduan pada masa akan datang.

Volvo juga berharap sistem ini mampu diintegrasikan ke dalam kenderaan-kenderaan yang dibangunkan daripada platform SPA 2 sebagai ciri standard.

Platform SPA 2 merupakan pelantar generasi berikut yang dibangunkan supaya bersedia untuk menampung teknologi swapandu, hadir dengan ciri kemaskini over-the-air dan pengaktifan Highway Pilot (swapandu tahap penuh) setelah sistem memberikan kebenaran melalui analisa terhadap lokasi dan kondisi geografi semasa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…