Kereta baharu BMW akan guna 50 peratus bahan kitar semula

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group berazam untuk menghasilkan kenderaan baharu yang diperbuat daripada 50 peratus bahan kitar semula pada masa hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, mereka bekerjasama dengan wakil-wakil daripada industri berkaitan untuk membangunkan projek Car2Car, disokong dengan geran daripada Kementerian Persekutuan Hal Ehwal Ekonomi dan Tindakan Iklim Jerman.

Projek Car2Car itu akan memberikan tumpuan kepada pembangunan kaedah pengasingan dan pengisihan bahan bagi menambah baik kualiti bahan mentah sekuder yang diperoleh daripada kenderaan akhir hayat yang telah dikitar semula.

Dalam membangunkan model kenderaan baharu, BMW turut menitikberatkan aspek kebolehkitaran semula bahan yang diperoleh daripada kenderaan akhir hayat (Mini, BMW, Rolls-Royce) yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman, sistem plug-in hybrid atau trenkuasa elektrik.

Penggunaan teknologi digital dan kepintaran buatan (AI) juga akan dimanfaatkan untuk mempercepatkan proses kitar semula yang selama ini dibuat secara manual, di mana ia mampu meningkatkan kualiti dan ketulenan bahan dengan lebih signifikan.

BMW Group juga kini sedang mengetuai sebuah lagi projek konsortium Future Sustainable Car Material yang menumpukan kepada laluan proses dan konsep bahan yang inovatif untuk penggunaan bahan sekunder yang mampan, serta mengurangkan jejak karbon bahan mentah seperti keluli dan aluminium.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, sudah hampir 30 tahun Toyota Prius bertapak di atas muka bumi sebagai satu alternatif…
Gaya Hidup
Kasut mampan Asics Gel-Sonoma 15-50 itu merupakan varian rentas desa daripada rangkaian kasut…
Berita Global
Menerusi Project PlasticLoop, Audi kerjasama dengan LyondelBassel - sebuah syarikat kimia…