Kereta api penumpang tergelincir di Mesir, 11 maut

oleh SALINA JALIL|
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh selepas empat buah gerabak kereta api penumpang tergelincir berhampiran Kaherah, Mesir, pada Ahad.


Kenyataan daripada pihak berkuasa memaklumkan, kejadian berlaku ketika kereta api berkenaan melalui wilayah Qalyubia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Video yang tular di media sosial menunjukkan gerabak terbalik dan penumpang melarikan diri ke tempat selamat.

 

Kereta api itu dalam perjalanan ke bandar Mansoura Delta Nil dari Mesir, menurut kenyataan itu.

 

Kementerian Kesihatan menyatakan, sekurang-kurangnya 98 penumpang lain cedera, dengan kebanyakan mereka mengalami patah tulang, luka dan lebam.

 

Sekurang-kurangnya 60 ambulans dihantar ke tempat kejadian dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan.

 

Setakat ini, punca kereta api itu tergelincir belum dapat dipastikan dan siasatan masih dijalankan.

 

Video di bawah ini:

 

 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
  AFP melaporkan 50 penumpang diklasifikasikan sebagai 'mengalami serangan jantung di luar…