Kereta api laju tergelincir: dua pemandu kereta api maut, 30 cedera

oleh SALINA JALIL|
Dua orang yang merupakan pemandu kereta api laju maut manakala 30 lagi cedera hari ini apabila sebuah kereta api laju tergelincir berhampiran Milan, utara Itali, kata pihak berkuasa.

Nahas terbabit berlaku berhampiran pekan Lodi, kira-kira 50 kilometer di selatan Milan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengawas keselamatan, Lodi, Marcello Cardona memberitahu wartawan, siasatan sedang dijalankan bagi menyiasat kejadian itu yang meragut nyawa dua pekerja.

 

“Kita tidak boleh membiarkan kematian lain berlaku lagi,” katanya sambil menambah, semua mangsa yang cedera berada dalam keadaan tidak membimbangkan.

 

Kereta api Milan - Salerno itu sedang dalam perjalanan ke Bologna apabila tergelincir.

 

Imej video memaparkan sebuah gerabak terbalik dari landasan dalam keadaan masih bersambung antara satu sama lain.

 

Menurut laporan awal yang diperoleh media, kereta api itu terkeluar dari landasan dan melanggar sebuah wagon kargo yang berada di landasan sebelah, sebelum merempuh bangunan beberapa meter dari situ.

 

 

 sumber: RFI

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara stesen yang belum disiapkan ialah Stesen Padalarang (65 peratus) disebabkan kerja-kerja…
Berita Global
  "Ini adalah langkah penting dan simbol yang kuat dalam dasar pengurangan pelepasan gas rumah…
Berita Domestik
Menurut Berita Harian, dalam satu kenyataan, Berjaya Land berkata ia akan terbabit dalam proses…