Kerana tak baca buku manual, Simon Cowell nyaris lumpuh

oleh HEZERI SAMSURI|
Selebriti Simon Cowell yang popular kerana menjadi juri dan pengasas rancangan TV America/British' Got Talent nampaknya terpaksa berehat panjang kerana cedera teruk pada tulang belakangnya akibat terjatuh ketika menunggang basikal elektriknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan media barat, tragedi berlaku pada 10 Ogos di rumahnya di Malibu bila Simon sedang mencuba sebuah basikal elektrik baharu yang dikatakan sangat berkuasa.

Beliau tidak sengaja ter-wheelie dan terus terjatuh, menyebabkan tulang belakangnya patah di tiga bahagian dan hampir membabitkan ke saraf tunjangnya.

Simon dibawa terus ke hospital dan melalui pembedahan selama enam jam. Doktor-doktor memasukan tiub besi untuk membantu menyokong tulang belakangnya.

Selebriti berusia 60 tahun itu dikatakan sangat bernasib baik kerana kecederaannya tidak menyebabkan lumpuh. Simon juga memberi nasihat di dalam akaun Twitter beliau agar membaca buku manual sebelum menunggang basikal trail elektrik untuk pertama kali.

Menurut CyclingWeekly.com pula, Simon bukannya menunggang sebuah basikal elektrik tetapi lebih kepada sebuah motosikal kerana menurut undang-undang UK, ia adalah terlalu laju dan terlalu berkuasa untuk sebuah basikal. 

Basikal trail elektrik Swind EB-01 itu mampu menghamburkan 15kW dan mencapai kelajuan maksimum 96 kmsj. Harga jualannya di UK ialah £16,500 (RM90,443) sebelum cukai.