Kerana tag RFID, pemandu Singapura bakal sangkut

oleh Penyumbang Rencana 2|
Tiada lagi peluang untuk pesalah lalulintas yang tegar dari kalangan para pemandu Singapura untuk meloloskan diri pulang ke kota Singa setelah bermaharaja lela di jalanan Malaysia.

Apabila terlaksana kelak pemasangan tag RFID bagi tujuan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) berserta sistem tol  tanpa tunai Touch ‘n Go E-wallet untuk kegunaan kenderaan dari Singapura  dan negara jiran lain, ia juga bermakna pemandu kenderaan asing harus memastikan saman kompaun telah dijelaskan sebelum meninggalkan Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Dengan pengesan RFID, ia akan memudahkan kita (pihak berkuasa) di sempadan menahan mana-mana kenderaan asing termasuk dari Singapura yang mempunyai rekod kesalahan lalulintas di negara kita. Alat pengesan VEP juga akan mengelakkan masalah kenderaan ‘clone’ dari Singapura untuk dijual semula di negara ini,” kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Dato’ Shaharuddin Khalid.

Beliau menyatakan demikian ketika menceritakan rancangan penguatkuasaan JPJ terkini sewaktu menjadi ahli panel Forum bertajuk ‘Inovasi dan Paradigma Baharu Keselamatan Jalan Raya’ di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) di Kuala Lumpur semalam.

 

 

Menurutnya, mekanisma yang sama juga sudah lama digunakan oleh pihak berkuasa Singapura untuk tidak membenarkan para pemandu Malaysia pulang ke negara bagi mereka yang mempunyai rekod kesalahan trafik di pulau itu. 

Tag VEP ini berharga RM25 dan ia tidak termasuk yuran pengunaan E-Wallet perlu dibayar oleh pemunya kenderaan yang ingin masuk ke Malaysia. Pengedaran pengesan VEP untuk kenderaan Singapura dijangka akan bermula dari awal tahun hadapan dan setiap tag VEP ini boleh digunakan selama lima tahun.

Pada masa kini, setiap kenderaan persendirian dari Singapura akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM20.

 

 

Bagi memastikan perlaksanaan, Shaharuddin memaklumkan hadirin di  AGM MKJR bahawa pindaan terhadap rang undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dibentangkan secepat mungkin di Parlimen. 

Careta.my difahamkan usaha pihak berkuasa Malaysia selama ini telah terbantut untuk tidak membenarkan kenderaan Singapura yang mempunyai saman tertunggak yang menimbun dari melepasi sempadan kerana rangkaian sistem dan undang-undang sedia ada perlu dikemaskini dan dipinda terlebih dahulu.

“Terdapat 38 Seksyen di bawah Akta yang akan dipinda kelak termasuklah usaha JPJ membuat pemeriksaan lebihan muatan ke atas kenderaan berat melalui mesin timbang bergerak (portable truck weigh scale) di laluan tertentu tanpa perlu JPJ membawa kenderaan itu ke tempat khas,” katanya lagi.

*Gambar utama dari The Straits

Berita Berkenaan

Informasi
"Kedua-dua lorong manual RFID itu boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat…
Berita Domestik
Dengan pelaksanaan MLFF kelak, beliau berkata, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, pembuktian konsep bagi sistem MLFF di Lebuh Raya Sungai Besi itu akan…