Kerajaan umum keputusan pemansuhan tol minggu hadapan

oleh HEZERI SAMSURI|
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, ahli Majlis Penasihat Negara yang juga bekas Gabenor Bank Negara telah menyatakan bahawa keputusan pemansuhan kutipan tol hanya akan diumumkan selewat-lewatnya minggu hadapan.
Kawasaki Legend Reborn

Isu itu masih dalam proses perbincangan dan ia tersenarai di dalam manifesto kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Menurut Zeti, ahli majlis komited di dalam mencari langka penyelesaian terbaik demi keselesaan rakyat dan ahli majlis sedang mendengar penerangan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat konsesi lebuhraya dan pemegang sahamnya.

Nampaknya pihak kerajaan berusaha dengan gigih untuk mencapai manifesto yang dibentangkan sebelum PRU. 

Pada pendapat Careta, manifesto tersebut lebih kepada untuk meringankan beban rakyat agar ia mampu membantu meingkatkan kuasa membeli yang kemudiannya mengukuhkan ekonomi domestik negara.

Zeti pula dari dahulu lagi memang prihatin akan hutang isi rumah negara dan jujur dikatakan bahawa Zeti ialah antara Gabenor Bank Negara yang terbaik pernah berkhidmat dan segala komen beliau diambil dengan serius oleh pelbagai pihak, terutama pelabur asing.

Add new comment

banner articles