Kerajaan umum 1 Februari 2019 tarikh mula jual diesel B10

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi hari ini telah mengeluarkan satu pekeliling yang dihantar ke semua syarikat terbabit mengenai tarikh pelaksanaan diesel B10.

Menurut pekeliling itu, kerajaan telah mengambil keputusan itu berdasarkan konsultansi bersama pihak-pihak berkepentingan mengenai program dan memutuskan pelaksanaan program B10 akan dilaksanakan secara mandatori pada 1 Februari 2019 dengan kadar adunan 9.8 peratus atau 10.0 peratus biodiesel untuk seluruh Malaysia.

Bagaimanapun stesen-stesen minyak negara akan mula menjual diesel B10 bermula dari bulan hadapan (1 Disember 2018) dan pada 1 Februari, semua stesen minyak diwajibkan untuk menggantikan bahanapi diesel B7 kepada B10.

Pengecualian walaubagaimanapun akan diberikan untuk berikut:

  • Stesen-stesen minyak di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Genting Highland dan Kundasang.
  • Stesen-stesen yang membekalkan diesel Euro 5 akan terus kekal dengan adunan B7

 

 

Ini bermakna untuk mereka yang masih mahu menggunakan adunan diesel B7, mereka harus menggunakan diesel Euro 5 yang sekarang ini mahal 10 sen dari diesel biasa B7.

Buat masa sekarang, hanya Scania sahaja yang menjadi jenama kenderaan tunggal untuk memberi jaminan bahawa enjin mereka mampu menggunakan biodiesel B10.

Syarikat kenderaan lain masih tidak mengumumkan apa-apa berkaitan penggunaan biodiesel B10 dan kaitannya dengan waranti atau jaminan untuk pelanggan mereka.

Selama ini diesel yang dijual di semua stesen-stesen minyak di Malaysia ialah diesel biasa (biodiesel B7) dan diesel Euro 5.

Tindakan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghentikan harga tetap bagi petrol dan diesel dan digantikan dengan harga apungan seperti yang pernah dilakukan dahulu.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Selain perlu mengeluarkan duit untuk membayar bulanan kereta atau servis mengikut tempoh, mengisi…
Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…
Berita Domestik
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia bukanlah satu model yang mampan dan saksama apabila…