Sebagai tambahan kepada undang-undang dan larangan sedia ada, setiap kereta baharu mestilah mempunyai jumlah jarak perjalanan sejauh 80 km menggunakan kuasa elektrik sahaja.
Ini bermakna kenderaan hibrid sedia ada seperti Toyota Prius dan Audi A3 e-tron (sekadar menyebut beberapa nama) bakal dilarang penjualannya sama sekali jika mengikut peraturan terbaharu tersebut.
Difahamkan berdasarkan laporan daripada Financial Times, terdapat beberapa orang pegawai yang terlibat secara langsung di dalam perlaksanaan ini mengesahkan pelan perlaksaan polisi yang bakal berkuatkuasa pada tahun 2040.
Walaubagaimanapun, jurucakap daripada Jabatan Pengangkutan Jalan UK menidakkan laporan yang tersebar tersebut.
"Kerajaan (UK) tidak pernah merancang untuk melarang penjualan kenderaan hibrid pada 2040, ini kerana strategi (Road to Zero) ini masih belum dibincangkan secara mendalam dan dipersetujui oleh Menteri-menteri," ujar wakil tersebut.
Sumber: AutoExpress UK