Kerajaan UK bincang dengan 6 firma untuk buka kilang giga buat bateri EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Britain kini sedang berbincang dengan enam buah syarikat untuk membuka sebuah kilang giga (gigafactory) khusus untuk menghasilkan bateri bagi kenderaan elektrik (EV).

Menurut laporan Reuters, ia melibatkan enam syarikat, termasuk dua syarikat berstatus Startup.

Senarainya adalah seperti di bawah:

  • Ford Motor Company
  • Nissan Motor Company Limited
  • LG Corporation
  • Samsung
  • Britishvolt (startup dari UK)
  • InoBat Auto (startup dari Slovakia)

Kerajaan British sudah pun mengumumkan perancangan mereka untuk menghalang penjualan semua kereta petrol dan disel baharu menjelang 2030 dan hibrid menjelang 2035. Bagi mencapai wawasan tersebut, seluruh negara itu perlu menghasilkan kenderaan-kenderaan EV.

Sumber dari Reuters juga berkata UK perlu bekerja rapat dengan pelabur-pelabur serta penghasil kenderaaan jika negara itu mahu menghasilkan bateri EV secara besar-besaran.

 


 

 

Sehingga kini, ada 38 perancangan kilang giga di seluruh Eropah (menurut kumpulan pelobi Transport & Environment) dan hanya projek Britishvolt sahaja yang ada di dalam UK (gambar atas).

Ford pernah mengadakan perbincangan peringkat awal untuk menghasilkan komponen-komponen modul bateri EV di UK dan dieksport ke Turki bagi kegunaan van Transit EV mereka.

Nissan juga pernah berbincang dengan kerajaan British untuk menghasilkan bateri EV di kompleks pemasangan kenderaan mereka di Sunderland.

LG dan Samsung pula masih berada dalam perbincangan awal dengan kerajaan tersebut dan berkemungkinan besar akan membina kilang giga di UK sekiranya mereka mendapat kontrak dari syarikat kenderaan yang besar.

Walaupun Covid-19 masih lagi berlaku di negara tersebut, segala perancangan berkaitan EV dan hal-hal lain dalam industri masih terus berjalan.

Ini sama seperti negara jiran kita Thailand yang masih boleh meneruskan perancangan EV mereka walaupun masih berada dalam kemelut Covid-19.

Mungkin Malaysia boleh mengambil iktibar dari contoh-contoh tersebut.

* Laporan dipetik dari Reuters

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Trak istimewa ini bukan sahaja mempunyai roda dan tayar yang lebih besar dan lebar, ia juga…
Berita Global
Difahamkan, hanya 3,000 unit sahaja dihasilkan untuk tujuan itu, dan salah satu daripada unit…
Berita Global
Penamatan tersebut adalah disebabkan oleh pelaksanaan undang-undang baharu berkenaan bunyi bising…