Kerajaan tidak akan beli balik Proton - Tun M

oleh HEZERI SAMSURI|
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed telah berkata kerajaan tidak akan membeli balik Proton Holdings Bhd. Beliau berkata begitu ketika sesi temuramah bersama media sebentar tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Perdana Menteri ketujuh negara itu, kerajaan baharu tidak akan membeli balik saham Proton Holdings kerana majoriti syarikat itu masih milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Syed Mokhtar memiliki sebanyak 55.92 peratus saham DRB-Hicom melalui Etika Strategi Sdn Bhd, syarikat milik beliau 90 peratus.

Menurut New Straits Times, sebelum ini Parti Harapan ada perancangan untuk membuat sebuah lagi syarikat automotif nasional jika ia memenangi pilihanraya.

Ini ialah satu perkembangan menarik dan Careta juga mahu tahu apakah perancangan Tun.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…