Kerajaan tiada hasrat untuk halang kereta lama dari jalanraya

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini berkata kerajaan tidak ada perancangan untuk memperkenalkan polisi bagi menghalang kenderaan uzur dari digunakan di atas jalanraya.

Beliau membidas laporan Nanyang Siang Pau yang melaporkan bahawa kerajaan mahu memperkenalkan sistem End of Life Vehicle (ELV) atau Usia Lupus Kenderaan pada suku kedua tahun 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Ini berita palsu. Kita masih tidak ada polisi ELV buat masa sekarang. Kita pernah lakukan kajian tetapi ia tidak dipertimbangkan langsung oleh kerajaan," terang Anthony.

Laporan itu mendakwa Datuk Madani Sahari dari Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) mengumumkan kenderaan-kenderaan lama akan diminta untuk diperiksa sebelum cukai jalan dan insurans dikeluarkan.

Anthony seterusnya berkata sebarang polisi, termasuk ELV hanya boleh diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan sahaja dan polisi itu hanya boleh dilakukan oleh JPJ.

Buat masa sekarang, hanya kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan selama 12 bulan atau lebih perlu menjalani pemeriksaan di Puspakom.

Di bawah Polisi Automotif Negara (NAP) tahun 2009, ada diumumkan bahawa kenderaan yang berusia lebih dari 15 tahun perlu menjalani pemeriksaan tahunan sebelum diberikan cukai jalan. Ia adalah usaha pertama ke arah implementasi ELV.

Namun begitu, cadangan itu dibatalkan kerana tidak mendapat sokongan rakyat.

Dalam tahun 2017, Maybank Investment Bank Research berkata lebih kurang suku dari 13.3 juta kenderaan yang berada di atas jalanraya sudah berusia lebih dari 10 tahun.
 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…