Kerajaan Taiwan cadang hukuman mati untuk pemandu mabuk

oleh HEZERI SAMSURI|
Taiwan sekarang sedang merancang untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut.

Kabinet kerajaan Taiwan telah meluluskan satu draf pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang bakal melihat kematian akibat memandu dalam keadaan mabuk dilihat sebagai satu kesalahan membunuh.

Cadangan itu muncul selepas berlaku banyak kes kematian berprofil tinggi yang mencetuskan kemarahan rakyat Taiwan.

Undang-undang Taiwan sekarang ini melihat pesalah menerima hukuman penjara tidak lebih dari 10 tahun.

Cadangan itu akan meningkatkan hukuman penjara untuk pesalah berulang yang melakukan kesalahan baharu dalam tempoh lima tahun dari kesalahan pertama.

Jika bersalah, mereka akan berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup (jika membabitkan kematian) atau penjara 12 tahun untuk cedera serius.

Bagaimanapun, inisiatif tersebut mendapat tentangan hebat dari kumpulan hak asasi Taiwan.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Gogoro juga turut mengumumkan rakan teknikal, iaitu Yamaha, Aeon Motor (bukan…
Berita Global
Menggunakan teknologi Virtual Reality (VR) atau realiti maya, para pelanggan berpotensi dapat…
Berita Global
Maxxis Rubber India (MRI), anak syarikat jenama tayar Taiwan, Maxxis Group telah membuka sebuah…